Monday 9 July 2012

hmmm.....


Islam itu indah? Dulu, zaman-zaman malas nak berfikir, angguk je bila orang cakap macam ni. Kalau kata tak nanti kena tuduh sesat. Tapi, serious dalam hati….ye ke? Betul ke? Fakta je tu….

Haha itulah aku sebelum disentuh oleh makcik tarbiyah. Semua yang berkaitan islam betul sebagai fakta. Tapi, sebgai muslim aku sendiri tak mampu untuk bersetuju dengan sepenuh hati. Sesatkan aku dulu? Dan Alhamdulillah rahmat dan kasih saying Dia tak pernah putus-putus untuk aku, hambaNya ni yang hamper sesat dan disesatkan oleh kemalasan  untuk berfikir.

Bukankah Allah dah berfirman dalam ayatnya ….engkau tak fikir ke?

Okaylah, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu. Aku nak bercerita tentang perjalanan pada suatu hari……….

Minggu tu kitorang memang sibuk. Waktu posting aku ada test. Everyday for almost 2 weeks. Sedangkan waktu tu murabbiah kami melawat kami. Datang jauh-jauh dari Malaysia nak tengok perkembangan tarbiyah kami sume. So, minggu yang memenatkan. Aku kena bahagikan masa dengan akak and masa untuk studi untuk test esok harinya. Memang penat.

Tapi, bukan yang penat tu aku nak cerita. So, selepas lima hari berpenatan kami akan berjaulah bersama-sama ke Mysore. Perjalanan 2 hari. Sebelum tu lagi masalah dah timbul. Ada yang akan bertolak hari jumaat dan ada yang bertolak hari sabtu. Hari sabtu memang ada kelas jadi yang akan bertolak hari jumaat akan ponteng kelas. Dilemma bermula. Aku patut ponteng atau tak….

Attendance setakat ni okay lagi tapi takut gak sebab aku selalu gak ponteng kelas sabtu sebab banyak program buat hari sabtu dan ahad. Setelah berfikir dan bermujahadah maka aku pun bertolak hari jumaat.

Ternyata banyak rahsia yang Dia sembunyikan. Dan beruntunglah bagi yang berfikir. Akulah tu. Hehehe….apa yang best adalah sepanjang jaulah kami dengan kak sofi. Dan perancangan Allah itu sentiasa tepat. Memetik dari kata-kata inche gabbana, kebetulan itu adalah bahasa Argentina.

Apa yang terjadi sepanjang jaulah? Nantilah aku cite. Sebenarnya masih dalam exam mode….okay aku tahu. Study, kan lagi penting . nak pergi la ni. Berehat  sebentar sambil mengingat kebijaksanaan Allah dalam mengatur perjalanan tarbiyah aku.

Doa kan aku terus tsabat pada jalan ni tau. Okay. Nak gi study ni.

Rabbi yasir wa la tu’asir. Amin.

No comments:

Post a Comment