Saturday 14 July 2012

bukankah kerehatan itu juga jahiliyah?


Sejenak bersama al-insyirah…..

Ye, aku masih dalam exam preparation mode. Just nak muhasabah jap.

Allah mengingatkan tentang hati. Bukankah, Allah yang melapangkan hati. Hati ini berada dalam kekuasaan Dia, dalam sekejap cuma dia melapangkan hati yang sesak. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?

Juga tentang kesusahan. Bukankah selepas setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan. Bersabar dan teruskan usaha adalah jalan terbaik. Disamping doa dan solat.

Aku tak tahu macam mana nak kaitkan ayat yang Allah telah meninggikan nama nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam dalam exam pressure. Mungkin dengan banyakkan selawat? Bukankah Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi?

Dan last sekali tentang bersungguh-sungguh dan terus bersungguh. Walau pun kerja pertama dah selesai. Teruskan dengan kerja seterusnya. Sebab kerehatan itu adalah jahiliyah buat seorang dai’e. dan sentiasalah berharap pada Allah.

Mengharapkan  redha Dia dalam apa juga pekerjaan.

Perasaan aku? Dalam tekanan yang semakin memuncak menjelang 23 julai ni…

Apa yang kita lakukan dan kearah mana tujuan pekerjaan ini dilakukan mungkin boleh terefleks dengan apa yang akan kita lakukan setelah pekerjaan selesai. Okay, contoh mudah.

Dulu, zaman jahiliyah dan alam kegelapan aku, selepas exam aku dah menyenaraikan senarai panjang movie yang aku nak tengok. Tapi, dalam masa yang sama cakap  “ oh, study ni kerana Allah.” Tak ke pelik manusia seorang ni. Sumpah, mujahadah yang sangat besar untuk seorang aku untuk tinggalkan movie yang dah macam jadi darah daging aku. Tapi, sayonara jahiliyah ni sangat penting untuk aku dalam memastikan tempat aku dalam jalan dakwah ni.

Sebab Allah bila-bila masa boleh gantikan aku dengan yang lain. Jadi apa plan lepas exam….

Rasa macam tak de kaitan je rumusan last tu dengan pengenalan awal. Haha… tak pe la nak exam. Pressure. Masih bole di maafkan. Doakan tau. Tinggal lagi seminggu persiapan sebelum menentukan jalan seterusnya….

Rabbi yasir wa la  tu’asir…amin.

No comments:

Post a Comment