Monday 30 May 2011

adakah kebetulan itu wujud?

Secara tiba-tiba si buta internet ini dihidangkan dengan cara-cara membuat blog.Adakah ia satu kebetulan?

Suatu hari sang kancil berjalan-jalan dan ia ternampak di seberang sungai sebatang pokok rambutan yang berbuah lebat.Ia sangat teringinkan buah rambutan yang berwarna merah dan sedang masak ranum itu. Berfikir dan berfikir tiba-tiba muncul seekor buaya. Akal si penipu mula menjalankan kerjanya.

"Hei sang buaya aku adalah utusan raja Sulaiaman datang membawa perkhabaran"
"hei sang kancil sejak bila engkau pernah berjumpa raja Sulaiman"
"oh sudah lama sejak. Engkau dilaknatkerana menjadi buaya darat.Dan pastinya engkau sudah lama tidak mengetahui perkhabaran di atas daratan ini,kan?" helah sang kancil.
"Jadi, apa yang kau bawa?" sang buaya mula termakan umpan.
"Erm......." menyusun ayat agar helahnya seolah-olah benar.
 "Maharaja berkenan untuk memberikan engkau pengampunan. Jadi aku diperintahkan untuk datang menyampaikan perkhabaran besar ini"

"Adakah  benar?   Hahahaha .....sudah kukatakan maharaja pasti akan mengampunkan aku kerana aku kuat. Tiada siapa yang boleh melawan kekuatan aku sebagai penjaga sungai ini.Aku yang terkuat. Pasti maharaja berasa perlunya binatang-binatang kuat seperti aku untuk memperkuatkan armadanya.Tidak seperti engkau si kecil. Hanya layak untuk menjadi penyampai utusan sahaja" ejek sang buaya mula berasa bangga.
"Ye la tu. Sekarang panggil semua askarmu di sungai ini.Berbaris menyeberangi sungai agar mudah untuk aku mengira.Akan kukhabarkan kekutan buaya di sungai ini kepada maharaja"
"Kira baik-baik tau. Jangan terkurang satu pun. Lebih tak pa"

Kemudian dipanggillah segala buaya di sungai itu berbaris merentasi sungai.
"Satu dua tiga lekok jantan betina aku ketok...."
'Er belum sampai ke seberang ni.....apa sambungannya ya. Ah hentam sajalah' bisik sang kancil dalam hati.
"Empat lima enam tanggal.Buaya semua selamat tinggal. Dah sampai"
Dan sang kancil pun berjalan menuju ke arah pohon rambutan idamannya bagi meneruskan misinya.

"Hei sang kancil, bila engkau akan berjumpa maharaja?" jerit buaya.
"Oh engkau tak tahu ke? Dalam al-Quran cuma diceritakan kisah nabi Sulaiman dan sekumpulan semut sahaja. Mana ada diceritakan kisah aku mahupun engkau"
Lalu kancil membacakan surah an naml:17-19

Nabi sulaiman adalah anak nabi Daud yang dikurniakan mukjizat mempunyai kebolehan memahami bahasa binatang.Sehinggakan ketika raja semut berseru kepada rakyatnya, Nabi Sulaiman mampu memahami bait-bait kata raja semut itu.baginda juga diberi kuasa supaya para jin  bahkan angin tunduk di bawah kekuasaan baginda. Namun, baginda adalah hamba Alah yang beriman. Kekuasaannya yang banyak dan meliputi seluruh alam itu tak pernah membuatkannya sombong dengan kurniaan itu malah itu semua menambahkan taqwanya kepada Allah.

Ada beberapa tempat di dalam al-Quran menceritakan tentang mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepada nabi Sulaiman tetapi baginda terus tunduk dan tawadhuk atas segala nikmat itu. Malah ketika dikhabarkan masih ada lagi umat manusia yang masih tak menyembah Allah baginda cepat-cepat menghantar utusan agar ratu Saba' itu dikhabarkan untuk tunduk dan hanya menyembah Allah. Ditunjukkan segala kekuasaan dan nikmat yang telah Allah kurniakan.Bukan berniat untuk berbangga tetapi supaya seluruh alam ini tunduk di bawah Kuasa Yang maha Kuasa. Maka ratu saba' pun beriman kepada Allah.

"Nah, sang buaya. Telah datang kepada engkau kebenaran dari al-Quran yang tiada keraguan padanya. bukti kekuasaan Allah. lebih hebat dari kekuatan engkau dan segala bala tentera engkau. Apakah engkau masih berasa riak dan ingin melakukan kemungkaran?"(al-anbiya':1-2)

Hahaha.......hari pertama sbagai blogger. sembang-sembang kosong dalam mencari erti hidup.Memahami al-Quran dalam kehidupan sebenar.

"Dan sesungguhnya kisah mereka(para nabi) itu mengandungi pelajaran dan mendatangkan iktibar bagi Ulul Albab.Ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang disebut dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat kepada kaum yang (mahu) beriman"
                                (yusuf:111)
p/s: dalam dunia ni tak de kebetulan bagi sesiapa yang beriman dengan qada' dan qadar.
(al-Qamar:49) dan (al-Furqan:29)