Friday 24 February 2012

dan jika berazam maka tawakallah..........

Tak tahu sejauh mana angan-angan ini akan tercapai tapi yang penting usahakan? Selebihnya hanya tawakal
Aku terkesan dengan satu blog ni. Cabaran membaca buku 50 buah setahun? Aku? Kalau tak exam bertuah la nak buka buku. Itupun lagi bertuah la kalau habis baca. Yang pasti bertuahnya, duduk exam and Alhamdulillah boleh jawab. Tapi bertuah ke?
Tak pe la. Kita kembali ke tujuan utama. Mengambil semangat 50 buah buku setahun. Aku tak sehebat itu. Dan tak sekonsisten itu namun apa yang pasti, aku nak mencuba berlandaskan keimanan kepada Allah.
Dalam satu cerpen yang aku baca, lelaki yang ikhlas, ada menyatakan ikhlas itu tak nampak. Dan bukan kita yang mengukur sejauh mana ikhlas itu, tapi usaha kita adalah untuk meminta ampun pada yang tak ikhlas. Jamgan takut bermula hanya kerana takut tak ikhlas tapi bermulalah dan jadikan ingatan pada Allah itu seiring agar segala riak dan tak ikhlas itu mampu dibanteras.
Jadi jangan takut untuk bermula tapi takut tak mampu mengakhiri.
Dalam perjalanan yang dah berpuluh tahun ni, terlalu banyak ibrah yang  Dia dah beri. Saat aku sesat, Dia yang memilih aku di kalangan beribu ini. Terpilih di kalangan hambaNya untuk kembali. Menyelusuri kisah-kisah manusia hebat sepanjang zaman, juga kisah sahabat yang sentiasa di sekeliling, betapa aku memang terlalu lalai dan hanyut dalam gelombang kehidupan ini.
Aku selalu mengingatkan adik-adik usrah, bertaubatlah kerana pengampunanNya seluas langit dan bumi. Takkan mampu tercapai dek akal yang waras. Namun persoalannya bukan Dia yang Maha Pengampun, tapi, aku yang tak jujur meminta ampun.
Takut, jika aku terus membiarkan hidayah ini terus jauh hati ini akan terus mati. Lupa dalam keseronokan dunia. Pastinya hanya sementara.
Kembali pada tujuan asal. Aku dah jauh melalut. Nak cakap kat sini yang aku dah menanam azam. Mengahabiskan Ar-Raheeq Makhtum. Boleh atau tidak? Bermula dengan nama Allah.
Dan jika kamu sudah berazam maka bertawakallah……ayat mana aku tak ingat. Dalam Quran ni. Bukan main-main. Jadi mari kita menjadikan Allah sebagai tujuan hidup kita. Dia yang menggerakkan dan moga Dia juga yang akan menerima. Amin.

Saturday 4 February 2012

hidup aku

Hidup aku pernahkah ada Dia. Hidup aku bertunjamgkan apa ye? Hidup aku apa tujuannya? Hidup aku di mana pengakhirannya? Hidup aku adakah tetap dlam redhaNya?
Aku tahu jawapan itu semua. Namun berapa banyak yang mampu aku amalkan. Berapa banyak yang mampu aku ikut.
Sampai bila. Sampai hati terus kosong. Sampai hati kian hitam. Sampai tiada siapa yang mampu membantu. Hanya amalan. Namun apa amalan yang ada?