Sunday 23 October 2011

apa itu intifadah

Apa itu intifadah
Saya tanya beberapa orang . Apa makna Intifada? Banyak juga cadangan jawapan yang diberikan tapi respon paling popular
                                    ‘ Tinggi ke Intifada’ (sila baca dengan irama)
Seingat saya ketika lagu ini dipopularkan oleh Rabbani, lagu ini Berjaya menduduki carta nasyid paling popular kerana keindahan iramanya. Namun berapa ramai yang faham dan sedar akan  kisah hitam disebalik kemerduan lagu ini?
Intifada bermaksud kebangkitan. Merujuk kepada siri-siri  intifada yang dilancarkan di Palestin. Fasa pertama initifada bermula pada 9 Disember 1987 cetusan pelanggaran 2 kereta milik Palestin yang menyebabkan 4 terkorban dan 9 cedera pada 8 Disember 1987. Usai  solat subuh berjemaah rakyat palestin secara terbuka melancarkan serangan berbekalkan batu-batu jalanan . Kanak-kanak, remaja dan pemuda dengan berani melancarkan serangan menentang kereta-kereta kebal Yahudi.
Secara relatifnya peristiwa ini kecil dibandingkan siri pengeboman rumah-rumah kediaman, pengusiran  kejam penduduk Palestin, sekatan ekonomi, penangkapan dan penyeksaan rakyat yang tak bersalah. Namun cukup untuk membangkitkan semangat jihad rakyat Palestin terhadap kezaliman.
Siri kedua intifada bermula pada 28 September 2000 berikutan keganasan dan kezaliman orang awam dan askar Yahudi yang semakin menjadi-jadi. Peristiwa kebangkitan 1987 kembali berulang namun siri ini lebih istimewa kerana disertai sokongan moral dari seluruh Negara Arab. Siri ini tidak hanya bergantung pada batu-batu jalanan tetapi turut disertai oleh serangan mortar raifal automatic dan jerangkap samar. Siri ini juga lebih sistematik dan mengancam rejim Israel kerana dilancarkan oleh Katai’ib al-Qasam (Hamas), Kata’ib Syuhada al-Aqsa ( Fatah), Jihad Islami, as-Syabaiyyah, dan ad-Dimoqratiyyah .
Rentetan intifada ini juga mufti kerajaan mesir Prof. Dr. Nasr Farid Wasil mengistiharkan pengumuman pemboikotan barangan keluaran Israel, amerika, dan syarikat-syarikat yang berkaitan dalam menyumbang keganasan di palestin. Tindakan ini bukan hanya tindakan politik malah satu keawipan di sisi Islam.
Namun rakyat Palestin perlu membayar harga yang cukup mahal rentetan siri intifada ini.Dalam masa setahun pertama 400 rakyat terbunuh, 20 000 cedera, 3400 cacat scara kekal dan lebih 23000 ditangkap tanpa bicara.
Ada yang dikambus hidup-hidup. Ada jemaah yang ditembak secara rambang ketika bersolat. Ada kisah pembunuhan terowong. Ada perkampungan yang diserang lima hari berturut-turut. Kanak-kanak, orang tua dan wanita juga tidak terlepas dari kekejaman ini.
Malah Syeikh Ahmad Yasin, ulama,pengasas dan ketua pertama Hamas, setelah ditahan dan diseksa selama 10 tahun  mejadi  lumpuh. Tak cukup dengan ini beliau yang telah lumpuh ini ditembak dengan peluru berpandu ketika keluar ditolak keluar masjid usai solat subuh . Dikatakan harga sebiji peluru berpandu ini bersamaan bajet setahun kerajaan Negeri Selangor.
Dr. Abdul Aziz Rantisi pengganti Syeikh Ahmad Yasin turut syahid tidak cukup sebulan beliau menerajui Hamas. Beberapa ketika sebelum syahid ketika ditanya wartawan tentang kecaman bunuh rejim Zionis, beliau menjawab
 “Adakah kita takut mati? Ia adalah kematian yang boleh berlaku disebabkan pembunuhan atau kanser. Sama saja. Semua kita sedang menunggu saat akhir kehidupan. Tiada apa yang berubah. Sama ada disebabkan bedilan Apache atau terhenti denyutan jantung. Saya lebih suka memilih Apache……
Ternyata Apache membedil kereta yang dinaikinya bersama dua rakannya, Akram Nisar dan Ahmad al-Ghurrah.
Namun siri intifada ini juga mampu membuka tembelang Yahudi di mata dunia. Dunia diperlihatkan dengan kekejaman dan kezaliman colonial Israel terhadap rakyat Palestin. Secara umumnya , ekonomi Israel turut goyah dengan intifada yang berpanjangan hasil pemboikotan barangan keluaran mereka. Lebih 4000 supermarket ditutup. Aktiviti perlancongan turut merosot. Malah, kadar penghijrahan turut berkurang dengan lebih 700 000 Yahudi melarikan diri dari Palestin dengan penghijrahan hampir sejuta Yahudi Rusia  sebelumnya antara 1989-2000.
Kali ini cuba dendangkan Intifada sekali lagi. Adakah kemerduannya  masih sama?
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

Dipetik dan diedit dari ‘Palestin dijajah-dimanakah solahuddinnya’ dan  ‘ Gaza menangis’