Saturday 31 December 2011

jalan ini

Dakwah ini mengubah hidupku namun hati ini mungkin terlalu keras untuk menerima perubahan. Berulang-ulang kali kesalahan yang sama. Berulang penyesalan namun berulang juga perlakuan.
Hidup ini terasa terlalu panjang bagi hati yang terlalu kosong. Kosong dari tarbiah. Kosong dari teman seakidah. Ku katakan aku muslim, tapi dari sudut apa. Akidah? Terlalu banyak persoalan akidah yang tak mampu aku ungkaikan. Sedangkan akidah itu dasarnya iman. Maka mungkin sebab itukah hati yang kosong ini terus-terusan begini? Seperti daun keladi. Siramlah seberapa banyak air, begitu jua jadinya.
Kerana dasarnya tak pernah kukuh. Penyesalan? Beribu………………………

Saturday 26 November 2011

Al-Maidah?,.....

Rezeki dari langit?
Ada ketika kita tak sedar dan tak bersyukur dengan setiap pemberian Allah.
Ada ketika kita lupa Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ada ketika kita lupa setiap perjalanan kita telah ditentukan hala tujuannya.
Dan banyak di antara kita yang lupa untuk meminta pada-Nya.
Moga kita semua mati dalam keadaan beriman denganNya.
Sedihkan?
Selepas berapa banyak peringatan yang Allah beri pda kita, kita tetap lupa padaNya . Sedangkan Dia tak pernah lupa akan segala urusan kita.
 Tersebutlah kisah………………………….
Selepas makan tengah hari. Duduk depan internet dan berfikir. Hari ni ada perjumpaan usrah. Nak bawa makanan apa ye. Bahan tak de. Duduklah depan internet. Caria pa yang ada untuk digunakan.
Tiba-tiba, Zicka call. Minta tolong. Entah apa la yang dia nak ditolong.
“Zicka, termasak banyak macaroni. Tak tahu dah nak bagi sapa. Boleh tak Amnah ambik dan bagi pada sesape”
Kelakarkan, duk kita berfikir, Allah bagi rezeki pada jalan yang tak disangka-sangka. Milik Allah lah tipa-tiap sesuatu…………

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ   ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ  الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا .                                    [رواه البخاري ومسلم]



Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahu anhu beliau berkata : Rasulullah saw menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan: Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka.
Sesungguhnya pula diantara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga  maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saturday 19 November 2011

Apa Guna Akal Kalau Tak Berfikir, ye tak?

           Semalam dapat satu kisah seorang sahabat.
Nama:Sa’id bin Amir Al-Jumahi
Umur: tak tahu
Status: sahabat nabi
Status: Ketika jahiliyah, penguasa mekah yang kaya
            Sesudah islam, gabenor Hims yang miskin
   Kisah bermula, usai perang badar……………..
      Kekalahan dalam perang badar menyebabkan penguasa Mekah sangat geram dengan orang islam. Seorang tentera muslim, Kubaib ibn Adi berjaya ditangkap dan akan dibunuh di halayak ramai. Beliau diikat tangan dan kaki untuk diseksa sehingga mati. Said merupakan salah seorang saksi pembunuhan kejam ini.
Namun, sebelum diikat beliau meminta
“ Tolong benarkan aku untuk solat dua rakaat”
Permintaan diperkenankan. Maka Kubaib pun solat. Khusyuk dan tawaduk. Tanpa perasaan takut. Usai solat,
“Andai aku khuatir kalian mengatakan aku takut menghadapi saat kematianku, nescaya aku akan memanjangkan solatku”
Kemudian, beliau diikat tangan dan kaki. Maka bermulalah penyeksaan terhadap beliau. Badannya dihiris sekit demi sedikit. Sedikit lagi. Dan lagi. Saat hampir dihujung nyawa, beliau ditawarkan satu tawaran
“Mahukah engkau kami bebaskan sebagai gantian nyawa Muhammad”
“Aku tak mungkin sanggup untuk hidup bersenang lenang dengan keluargaku sedangkan kekasihku ditusuk duri kecil”
Maka, penyeksaan diteruskan. Saat sebelum kematian, beliau berdoa,
“Ya Allah, balaslah perbuatan mereka, binasakan mereka dan janganlah disisakan seorang pun”.
Peristiwa ini sangat memberi kesan di hati Said. Hingga membawa kepada keislamannya.
Maka bermulalah sinar cahaya dalam hidup seorang Said. Beliau menyertai banyak peperangan bersama Rasullullah.Malah turut sama menjadi pembantu dalam pemerintahan dua orang khalifah. Saidina Abu Bakar dan  Saidina Umar.
Mari kita renungkan sejenak.
Diceritakan beribu orang menyaksikan penyiksaan terhadap Kubaib.
Diketahui berjuta manusia menyaksikan penyembelihan rakyat Palestin.
Diketahui saksi pembunuhan Kubaib adalah orang kafir.
Diyakini berjuta saksi penyembelihan rakyat Palestin adalah muslim.
Dari beribu saksi pembunuhan Kubaib hanya seorang berfikir dan memahami hingga membawa keislaman. Malah ketika ditanya mengapakah mengapa beliau kadang-kadang bermuka sedih sehingga pengsan,
“Aku sentiasa teringatkan kisah Kubaib. Terkilan kerana tak mampu melakukan apa-apa. Takut jika aku turut dibinasakan Allah disebabkan doa Kubaib.”
Diceritakan sebelum salehuddin al-ayubi menawan semula Palestin, beliau tak pernah makan sehingga kenyang dan ketawa .
“Bagaimana mungkin aku bergembira sedangkan saudaraku di palestin masih dijajah”
Hakikatnya, berjuta muslim seluruh dunia melihat, menyaksikan dan berapa ramai yang berfikir.
Saudara kita menunggu kita………………………
(al-A’raaf:179)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia, bagi mereka ada hati (tetapi) tidak mengerti dengan hati , dan bagi mereka mata tidak melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga tidak mendengar dengan telinganya. Mereka seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat. Merekalah orang yang lalai.

Wednesday 16 November 2011

erti hidup


Banyak orang yang hidup tapi tak faham tujuan hidup.Ceh, cara cakap maca aku faham je kan
Hidup ni kompleks. Apakah Allah jadikan kita hanya sia-sia. Allah tak menjadikan sesuatu sia-sia. Itu yang pasti . Tapi sejauh mana kita mampu memahami dan mempositifkan erti hidup bergantung pada pemahaman kita semua pada Islam dan risalah yang terkandung dalam al-Quran. Berapa ramai yang membaca Al-quran hari ini namun tak pernah berusaha memahami isi kandungannya. Atau berapa ramai yang sememangnya tak membaca al-quran. Tak pernah menjadikannya panduan dalam hidup.
Hanay menjadikannya perhiasan, penolak bala atau entah apa-apa tujuan yang lain lagi.aku?
Aku seolah-olah baru berkenalan dengan kitab yang satu ni. Wal hal hidup dah hamper mencapai suku abad. Apa yang ada pada kitab yang satu ni  menjadikan manusia yang membaca dan meahaminya hebat.
Kalau nak menjadi pakar computer adakah cukup dengan hanya membaca manual yang disediakan. Begitu juga kalau nak jadi manusia yang hebat adakah cukup dengan hanya membaca al-quran yang diturunkan?

Sunday 23 October 2011

apa itu intifadah

Apa itu intifadah
Saya tanya beberapa orang . Apa makna Intifada? Banyak juga cadangan jawapan yang diberikan tapi respon paling popular
                                    ‘ Tinggi ke Intifada’ (sila baca dengan irama)
Seingat saya ketika lagu ini dipopularkan oleh Rabbani, lagu ini Berjaya menduduki carta nasyid paling popular kerana keindahan iramanya. Namun berapa ramai yang faham dan sedar akan  kisah hitam disebalik kemerduan lagu ini?
Intifada bermaksud kebangkitan. Merujuk kepada siri-siri  intifada yang dilancarkan di Palestin. Fasa pertama initifada bermula pada 9 Disember 1987 cetusan pelanggaran 2 kereta milik Palestin yang menyebabkan 4 terkorban dan 9 cedera pada 8 Disember 1987. Usai  solat subuh berjemaah rakyat palestin secara terbuka melancarkan serangan berbekalkan batu-batu jalanan . Kanak-kanak, remaja dan pemuda dengan berani melancarkan serangan menentang kereta-kereta kebal Yahudi.
Secara relatifnya peristiwa ini kecil dibandingkan siri pengeboman rumah-rumah kediaman, pengusiran  kejam penduduk Palestin, sekatan ekonomi, penangkapan dan penyeksaan rakyat yang tak bersalah. Namun cukup untuk membangkitkan semangat jihad rakyat Palestin terhadap kezaliman.
Siri kedua intifada bermula pada 28 September 2000 berikutan keganasan dan kezaliman orang awam dan askar Yahudi yang semakin menjadi-jadi. Peristiwa kebangkitan 1987 kembali berulang namun siri ini lebih istimewa kerana disertai sokongan moral dari seluruh Negara Arab. Siri ini tidak hanya bergantung pada batu-batu jalanan tetapi turut disertai oleh serangan mortar raifal automatic dan jerangkap samar. Siri ini juga lebih sistematik dan mengancam rejim Israel kerana dilancarkan oleh Katai’ib al-Qasam (Hamas), Kata’ib Syuhada al-Aqsa ( Fatah), Jihad Islami, as-Syabaiyyah, dan ad-Dimoqratiyyah .
Rentetan intifada ini juga mufti kerajaan mesir Prof. Dr. Nasr Farid Wasil mengistiharkan pengumuman pemboikotan barangan keluaran Israel, amerika, dan syarikat-syarikat yang berkaitan dalam menyumbang keganasan di palestin. Tindakan ini bukan hanya tindakan politik malah satu keawipan di sisi Islam.
Namun rakyat Palestin perlu membayar harga yang cukup mahal rentetan siri intifada ini.Dalam masa setahun pertama 400 rakyat terbunuh, 20 000 cedera, 3400 cacat scara kekal dan lebih 23000 ditangkap tanpa bicara.
Ada yang dikambus hidup-hidup. Ada jemaah yang ditembak secara rambang ketika bersolat. Ada kisah pembunuhan terowong. Ada perkampungan yang diserang lima hari berturut-turut. Kanak-kanak, orang tua dan wanita juga tidak terlepas dari kekejaman ini.
Malah Syeikh Ahmad Yasin, ulama,pengasas dan ketua pertama Hamas, setelah ditahan dan diseksa selama 10 tahun  mejadi  lumpuh. Tak cukup dengan ini beliau yang telah lumpuh ini ditembak dengan peluru berpandu ketika keluar ditolak keluar masjid usai solat subuh . Dikatakan harga sebiji peluru berpandu ini bersamaan bajet setahun kerajaan Negeri Selangor.
Dr. Abdul Aziz Rantisi pengganti Syeikh Ahmad Yasin turut syahid tidak cukup sebulan beliau menerajui Hamas. Beberapa ketika sebelum syahid ketika ditanya wartawan tentang kecaman bunuh rejim Zionis, beliau menjawab
 “Adakah kita takut mati? Ia adalah kematian yang boleh berlaku disebabkan pembunuhan atau kanser. Sama saja. Semua kita sedang menunggu saat akhir kehidupan. Tiada apa yang berubah. Sama ada disebabkan bedilan Apache atau terhenti denyutan jantung. Saya lebih suka memilih Apache……
Ternyata Apache membedil kereta yang dinaikinya bersama dua rakannya, Akram Nisar dan Ahmad al-Ghurrah.
Namun siri intifada ini juga mampu membuka tembelang Yahudi di mata dunia. Dunia diperlihatkan dengan kekejaman dan kezaliman colonial Israel terhadap rakyat Palestin. Secara umumnya , ekonomi Israel turut goyah dengan intifada yang berpanjangan hasil pemboikotan barangan keluaran mereka. Lebih 4000 supermarket ditutup. Aktiviti perlancongan turut merosot. Malah, kadar penghijrahan turut berkurang dengan lebih 700 000 Yahudi melarikan diri dari Palestin dengan penghijrahan hampir sejuta Yahudi Rusia  sebelumnya antara 1989-2000.
Kali ini cuba dendangkan Intifada sekali lagi. Adakah kemerduannya  masih sama?
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

Dipetik dan diedit dari ‘Palestin dijajah-dimanakah solahuddinnya’ dan  ‘ Gaza menangis’

Monday 30 May 2011

adakah kebetulan itu wujud?

Secara tiba-tiba si buta internet ini dihidangkan dengan cara-cara membuat blog.Adakah ia satu kebetulan?

Suatu hari sang kancil berjalan-jalan dan ia ternampak di seberang sungai sebatang pokok rambutan yang berbuah lebat.Ia sangat teringinkan buah rambutan yang berwarna merah dan sedang masak ranum itu. Berfikir dan berfikir tiba-tiba muncul seekor buaya. Akal si penipu mula menjalankan kerjanya.

"Hei sang buaya aku adalah utusan raja Sulaiaman datang membawa perkhabaran"
"hei sang kancil sejak bila engkau pernah berjumpa raja Sulaiman"
"oh sudah lama sejak. Engkau dilaknatkerana menjadi buaya darat.Dan pastinya engkau sudah lama tidak mengetahui perkhabaran di atas daratan ini,kan?" helah sang kancil.
"Jadi, apa yang kau bawa?" sang buaya mula termakan umpan.
"Erm......." menyusun ayat agar helahnya seolah-olah benar.
 "Maharaja berkenan untuk memberikan engkau pengampunan. Jadi aku diperintahkan untuk datang menyampaikan perkhabaran besar ini"

"Adakah  benar?   Hahahaha .....sudah kukatakan maharaja pasti akan mengampunkan aku kerana aku kuat. Tiada siapa yang boleh melawan kekuatan aku sebagai penjaga sungai ini.Aku yang terkuat. Pasti maharaja berasa perlunya binatang-binatang kuat seperti aku untuk memperkuatkan armadanya.Tidak seperti engkau si kecil. Hanya layak untuk menjadi penyampai utusan sahaja" ejek sang buaya mula berasa bangga.
"Ye la tu. Sekarang panggil semua askarmu di sungai ini.Berbaris menyeberangi sungai agar mudah untuk aku mengira.Akan kukhabarkan kekutan buaya di sungai ini kepada maharaja"
"Kira baik-baik tau. Jangan terkurang satu pun. Lebih tak pa"

Kemudian dipanggillah segala buaya di sungai itu berbaris merentasi sungai.
"Satu dua tiga lekok jantan betina aku ketok...."
'Er belum sampai ke seberang ni.....apa sambungannya ya. Ah hentam sajalah' bisik sang kancil dalam hati.
"Empat lima enam tanggal.Buaya semua selamat tinggal. Dah sampai"
Dan sang kancil pun berjalan menuju ke arah pohon rambutan idamannya bagi meneruskan misinya.

"Hei sang kancil, bila engkau akan berjumpa maharaja?" jerit buaya.
"Oh engkau tak tahu ke? Dalam al-Quran cuma diceritakan kisah nabi Sulaiman dan sekumpulan semut sahaja. Mana ada diceritakan kisah aku mahupun engkau"
Lalu kancil membacakan surah an naml:17-19

Nabi sulaiman adalah anak nabi Daud yang dikurniakan mukjizat mempunyai kebolehan memahami bahasa binatang.Sehinggakan ketika raja semut berseru kepada rakyatnya, Nabi Sulaiman mampu memahami bait-bait kata raja semut itu.baginda juga diberi kuasa supaya para jin  bahkan angin tunduk di bawah kekuasaan baginda. Namun, baginda adalah hamba Alah yang beriman. Kekuasaannya yang banyak dan meliputi seluruh alam itu tak pernah membuatkannya sombong dengan kurniaan itu malah itu semua menambahkan taqwanya kepada Allah.

Ada beberapa tempat di dalam al-Quran menceritakan tentang mukjizat-mukjizat yang dikurniakan kepada nabi Sulaiman tetapi baginda terus tunduk dan tawadhuk atas segala nikmat itu. Malah ketika dikhabarkan masih ada lagi umat manusia yang masih tak menyembah Allah baginda cepat-cepat menghantar utusan agar ratu Saba' itu dikhabarkan untuk tunduk dan hanya menyembah Allah. Ditunjukkan segala kekuasaan dan nikmat yang telah Allah kurniakan.Bukan berniat untuk berbangga tetapi supaya seluruh alam ini tunduk di bawah Kuasa Yang maha Kuasa. Maka ratu saba' pun beriman kepada Allah.

"Nah, sang buaya. Telah datang kepada engkau kebenaran dari al-Quran yang tiada keraguan padanya. bukti kekuasaan Allah. lebih hebat dari kekuatan engkau dan segala bala tentera engkau. Apakah engkau masih berasa riak dan ingin melakukan kemungkaran?"(al-anbiya':1-2)

Hahaha.......hari pertama sbagai blogger. sembang-sembang kosong dalam mencari erti hidup.Memahami al-Quran dalam kehidupan sebenar.

"Dan sesungguhnya kisah mereka(para nabi) itu mengandungi pelajaran dan mendatangkan iktibar bagi Ulul Albab.Ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang disebut dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat kepada kaum yang (mahu) beriman"
                                (yusuf:111)
p/s: dalam dunia ni tak de kebetulan bagi sesiapa yang beriman dengan qada' dan qadar.
(al-Qamar:49) dan (al-Furqan:29)