Monday 9 July 2012

exam mode 2.0


Masih lagi dalam exam mode…..

Tadi tengah belajar and rasa penat. Sebenarnya bukan penat tapi memang malas. Maka berhentilah seorang yang pemalas ini dan berehat. Dengan semangat berkobar-kobar nak berehat sambil berNIAT nat baca ayat-ayat ALLAh sekejap atau baca mana-mana  buku tarbiyah atau buku sirah atau apa-apa buku agama lah bagi menenangkan hati yang kefuturan sebentar, namun, dalam proses berfikir…..

“layan fb jap lah”

“ layan e-novel jap la. Penat nak berehat otak dan hati jap”

Chop!!! Jap bukan ke kata dah sayonara jahiliyah. Kata dah sebulat hati dan sebulat tekad untuk hidup dan mati pada jalan dakwah dan tarbiyyah ni. Kata nak bersungguh-sungguh study supaya tak jadi fitnah pada jalan yang sumpah payah ni. Kata dan hati pun terus berkata…….

Dan masa pun terus berlalu dengan kerehatan yang hanya sementara….

Bukankah rehatnya seorang dai’e hanya apabila sebelah kaki telah pasti kesyurga. Masih tak beriman lagi ke dengan ayat-ayatNya? Kalau HANYA sebab penat belajar engkau nak berhenti rehat sebentar bersama-sama kit-kat? Eh tak berehat sebentar bersama jahiliyah. Bagaimana nanti jika ujian yang lebih berat melanda adakah engkau akan berehat sebentar dan….. babai tarbiyah??????

Ingat lagi kisah Abu talhah?

Kisahnya begini. Beliau adalah sahabat nabi yang tempang kakinya kerana cedera dalam satu peperangan yang aku tak tau peperangan apa. Hidup hingga zaman pemerintahan Saidina uthman. Ketika seruan jihad dikumandangkan, beliau meminta anaknya menyiapkan kelengkapan perang untuknya juga. Maka si anak enggan kerana merasakan bapanya sudah terlalu tua (tak silap umurnya dah 70 tahun) untuk turut serta dalam peperangan. Namun di balas oleh abu talhah dengan surah taubah ayat 41 “infiru khifafan wa tsiqalan”. Nah anakku mungkin bagi kamu harus begini aku terangkan  ayat ini “infiru shababan wa syuyukhan”  ( berangkatlah kamu baik tua mahu pun muda).

Si anak masih tak berpuas hati. Lalu dilaporkan kisah kedegilan si ayah pada sang khalifah. Ketika saidina ustman memujuk abu talhah maka dijawabnya “ jika sebelah kaki ini telah syahid, benarkan sebelah kaki ini juga untuk turut syahid agar mereka mampu berjumpa di syurga”.

Huh… itu yang dah sebelah kaki kat syurga pun masih tak ingin berehat, aku yang jaminan nak ke syurga pun masih belum pasti, masih ingin berehat. Nukankah kerehatan itu satu jahiliyah buat seorang dai’e. jangan menggelar diri mu dai’e jika masih lemah menghadapi ujian….

Tapi, yang peliknya kan…… Erm….kata dalam exam mode tapi kenapa masih ada masa nak update blog?????

Okay….aku pun kena berangkat khifafan wa tsiqalan, wa ijtihad bi anfusi (taubah :41)

1 comment:

  1. Best Online Casino: Baccarat & Blackjack | Fantasy Casino
    Free Baccarat Baccarat Baccarat, Craps & Roulette and Baccarat Bonus Baccarat is a new way to play casino games from real casino tables 바카라 노하우 in

    ReplyDelete